1) .Sistem dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat
Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam
sesuatu sistem dan persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran
sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya
menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat
tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat
dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah
unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral,
dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada
peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.
Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas
memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa. Keadaan ini akan mengancam
keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang buruk juga boleh
menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak
dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan
perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah
yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi
pelaburan.
2) Kelemahan Institusi Kekeluargaan
Bolehlah
dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak
yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta
kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta
penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu
bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap
memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi
oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan
sebaya yang rosak akhlak akan
memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa
yang tidak mengambil berat
tentang kelakukan dan pergaulan anak
remaja mendorong pada kerosakkan
ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai
sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga
merupakan salah satu faktor keruntuhan
akhlak.
Antara
punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran
yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana
rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak
penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral
3) Pengaruh
Rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca
berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan belia dan remaja kerana mereka
sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Meeka lebih banyak menghabiskan masa mereka di
sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di
tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih
suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih
rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan
kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah
pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja
mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah
seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
Memilih rakan-rakan yang tidak beriman dan tidak
berakhlak mulia akan menjadikan remaja lebih mudah tergelincir dan terperusuk
ke lembah kemaksiatan. Pengaruh daripada rakan sebaya adalah lebih kuat
impaknya daripada pengaruh keluarga.
Seseorang remaja yang tidak kuat pegangan akidah Islam dan memiliki ilmu
pengetahuan Islam yang cetek akan berasa amat sukar dan tertekan untuk mematuhi
perintah dan larangan Allah SWT. Mereka
akan merasa lebih selesa untuk berkompromi ataupun menyembunyikan keIslamannya
di hadapan rakan-rakan yang membenci ajaran Islam. Sebaliknya, mereka pula akan
menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang mengajak kepada Islam kerana perasaan
khuatir akan kelihatan tidak cool apabila bersama dikalangan rakan-rakan
pilihan mereka.
Apabila situasi sebegini berlaku, maka seseorang itu akan terjebak ke
lembah kemaksiatan, di mana tidak ada beza hidupnya daripada rakannya yang
tidak beriman. Akibat memilih rakan yang
salah, maka rosaklah kehidupan seseorang itu, hatinya menjadi rosak dan akan
kehilangan pegangan Deen Islam yang sepatutnya.
4) .Kurang
Penghayatan Agama dan Nilai Murni
Peningkatan
kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai
murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri
dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya
perbuatan jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada
pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah
yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah
Natijah
dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan keatas
umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek
kehidupan. Kepincangan sistem sosial
yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada
kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan
Islam. Sudah tentunya, tiada yang lebih
menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya anak-anak
remaja kita dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang penuh dengan
kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian dari mereka seperti telah
kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang terpesong
pegangan akidahnya.