Keharmonian sesebuah negara disumbangkan oleh
pengurusan yang baik dalam kompenan sosial,ekonomi dan politiknya. Termasuk
dalam kompenan penting kesejahteraan negara ini ialahtanggungjawab masyarakat
terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang mesti dipupuk dan disemaisebagai suatu
budaya yang menjadi teras kemakmuran negara. Individu, keluarga dan institusiatau
organisasi merupakan agen sosial penting yang menyumbang segala bentuk aktiviti
dalamsesebuah masyarakat. Antara aktiviti tersebut termasuklah aktiviti
kejiranan yang mampu menjadi pemangkin dalam memupuk kemesraan antara anggota
masyarakat sekiranya ia dapat berfungsidan melaksanakan peranannya dengan baik
Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling
sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang
sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.
Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu dari segi
bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa
pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang
tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih
besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah
individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai
jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan
bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga
dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas,
jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga
boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain
yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan
kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat
No comments:
Post a Comment