Saturday, 15 October 2016

ISU DAN PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH SETEMPAT

1)      .Sistem  dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat
Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.
Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.

2)       Kelemahan Institusi Kekeluargaan
 Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.
  Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral

3)      Pengaruh Rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan belia dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Meeka  lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
Memilih rakan-rakan yang tidak beriman dan tidak berakhlak mulia akan menjadikan remaja lebih mudah tergelincir dan terperusuk ke lembah kemaksiatan. Pengaruh daripada rakan sebaya adalah lebih kuat impaknya daripada pengaruh keluarga.  Seseorang remaja yang tidak kuat pegangan akidah Islam dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang cetek akan berasa amat sukar dan tertekan untuk mematuhi perintah dan larangan Allah SWT.  Mereka akan merasa lebih selesa untuk berkompromi ataupun menyembunyikan keIslamannya di hadapan rakan-rakan yang membenci ajaran Islam. Sebaliknya, mereka pula akan menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang mengajak kepada Islam kerana perasaan khuatir akan kelihatan tidak cool apabila bersama dikalangan rakan-rakan pilihan mereka.

          Apabila situasi sebegini berlaku, maka seseorang itu akan terjebak ke lembah kemaksiatan, di mana tidak ada beza hidupnya daripada rakannya yang tidak beriman.  Akibat memilih rakan yang salah, maka rosaklah kehidupan seseorang itu, hatinya menjadi rosak dan akan kehilangan pegangan Deen Islam yang sepatutnya.

4)      .Kurang Penghayatan Agama dan Nilai Murni

  Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah
         Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan keatas umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek kehidupan.  Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan Islam.  Sudah tentunya, tiada yang lebih menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya anak-anak remaja kita dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang penuh dengan kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian dari mereka seperti telah kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang terpesong pegangan akidahnya.
























No comments:

Post a Comment