KONSEP
"Konsep kejiranan yang baik dapat mewujudkan rasa
kasih, sayang menyayangi, bantu membantu, Hingga timbul suatu kekuatan
dikalangan penduduk untuk tolong menolong, ingat mengingati, tegur menegur,
sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya begitu lemah jika tanpa jiran...
Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling
mempercayai dan mengamalkan perkongsian bijak."
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah
kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita
tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan
dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah
yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita
menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran
Sepakat Membawa Berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat
kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment